Your Inbound Matters
Go Inbound Malaysia Masterclass
event Professional Training

Go Inbound Malaysia Masterclass

Host / Instructor: Uzaidi Udanis

Weekly — Wed (from 7 Oct 2026)
3:00 PM – 4:30 PM
Online event(Link sent after booking)

About This Event

Anda Sudah Tahu Menjual Pakej Ke Luar Negara. Kini Masa Untuk Menjual Malaysia Kepada Dunia.

GO INBOUND MALAYSIA™ — Live Masterclass

Cara Memulakan Perniagaan Inbound dengan Kaedah AI yang Lebih Pintar

Ramai pemain pelancongan mahu menceburi inbound, tetapi tidak tahu produk apa yang perlu dibina, bagaimana menetapkan harga, atau di mana hendak memasarkannya.

Dalam sesi ini, saya akan tunjukkan langkah bermula dengan satu pengalaman tempatan: jadikannya pakej yang jelas, tetapkan harga, sediakan maklumat untuk pelanggan dan lihat bagaimana ia boleh dipaparkan untuk menerima tempahan.

Bermula dengan satu produk. Jadikannya mudah ditemui, boleh ditempah dan bersedia untuk carian era AI.

[Daftar Live Masterclass — RM25]

Saksikan Cabaran 5 Minit Secara Langsung

Berikan saya satu idea pengalaman tempatan. Saya akan tunjukkan bagaimana idea itu boleh dibentuk menjadi konsep pakej inbound yang mempunyai pelanggan sasaran, tarikan utama, anggaran harga dan contoh paparan produk.

Anda akan nampak prosesnya secara langsung, daripada idea awal kepada pakej yang boleh dikembangkan untuk jualan.

Siapa Patut Sertai?

  • Ejen outbound dan umrah yang mahu meneroka peluang perniagaan inbound.

  • Usahawan pelancongan baharu yang mempunyai idea atau akses kepada pengalaman tempatan.

  • Pemandu pelancong, pengusaha penginapan dan tarikan yang mahu menjadikan perkhidmatan mereka sebuah pakej.

  • Pemain industri sedia ada yang mahu menjadikan produk mereka lebih mudah ditemui dan ditempah.

Apa yang Anda Akan Pelajari?

  1. Pilih produk yang sesuai — kenal pasti pengalaman dan pelanggan yang ingin anda sasarkan.

  2. Bina pakej yang jelas — susun aktiviti, tempoh, perkara yang termasuk dan nilai kepada pelanggan.

  3. Kira kos dan harga jualan — fahami kos pembekal, margin dan asas penetapan harga.

  4. Gunakan AI dengan bijak — hasilkan draf penerangan produk dan semak semula fakta sebelum diterbitkan.

  5. Lihat perjalanan tempahan — daripada halaman produk sehingga pelanggan membuat tempahan.

  6. Kenal pasti saluran jualan — jualan terus kepada pelanggan dan kerjasama dengan ejen atau rakan industri.

Anda Tidak Perlu Ada Pakej yang Siap

Cukup bawa satu idea, satu lokasi, satu pengalaman atau satu pembekal yang anda kenali. Sesi ini akan membantu anda melihat bagaimana ia boleh menjadi titik permulaan perniagaan inbound.

Tarikh: Setiap rabu bermula 7 hb Oktober 2026
Masa: 3pm - 4 pm
Tempat: Online secara langsung
Yuran penyertaan: RM25

Dikendalikan oleh Uzaidi Udanis
Founder, Your Inbound Matters
Experience Creates Economy

What's Included

Sesi langsung 60 minit untuk faham langkah memulakan perniagaan inbound.

Cabaran 5 Minit menggunakan satu idea boleh bertukark epada pengalaman tempatan.

Contoh asas pengiraan kos dan harga supaya peserta tahu perkara yang perlu dikira sebelum menjual.

Demonstrasi halaman produk dan proses tempahan untuk memahami maksud produk yang visible dan bookable.

Panduan ringkas penggunaan AI untuk mengetahui cara menyediakan draf penerangan produk dan menyemak faktanya

Sesi soal jawab untuk peserta boeh bertanya tentang peluang atau halangan perniagaan sendiri

Checklist “Langkah Pertama Inbound” satu halaman

Additional Information

You don't need a ready-made package. Just bring one idea, one location, one experience, or one supplier you know. This session will help you see how it can be the starting point for an inbound business.

#inbound tourism#malaysia#ai#marketing#tourism business
RM 25.00
per person
1